Penulisan karangan merupakan salah satu bahagian yang terdapat dalam kertas ujian Bahasa Melayu. Namun, seringkali pelajar mengeluh apabila mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan walhal mereka telah mencuba yang terbaik. Hal ini dipandang serius kerana kebergantungan pelajar mendapat keputusan yang baik dipengaruhi oleh penulisan di bahagian karangan.

*** Pengolahan dan huraian isi karangan perlu matang dan memperlihatkan pertautan antara idea..
Karangan cemerlang atas memerlukan kematangan semasa mengarang, terutama semasa mengolah dan mengembangkan huraian isi, serta diikuti dengan contoh dan terdapat unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutama membuat ulasan sebab dan akibat berkaitan. Kemahiran mengarang dan kematangan mengarang hanya akan terhasil dengan latihan yang kerap serta mendapat bimbingan guru. Bahkan juga, seorang pelajar perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas atau mampu menyelitkan istilah menarik serta mahir menggunakan penanda wacana semasa memulakan isi karangan, atau ayat baharu semasa menghurai dan mengembang isi karangan. Pelajar mampu memperoleh markah cemerlang dengan usaha yang berterusan dan saya tegaskan lagi perlu mendapat bimbingan daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda kerana hanya jauhari mengenal manikam.
Bagaimana untuk menghasilkan karangan cemerlang? Terdapat pelbagai cara dan kaedah digunapakai oleh seseorang guru untuk membimbing murid menghasilkan karangan cemerlang. Antara kaedah yang saya gunapakai dengan menggunakan jadual pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. Pelajar-pelajar mungkin kehairanan apabila rakan-rakan mereka mampu menghasilkan perenggan karangan yang panjang dan seimbang?.
Karangan cemerlang atas memerlukan kematangan semasa mengarang, terutama semasa mengolah dan mengembangkan huraian isi, serta diikuti dengan contoh dan terdapat unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutama membuat ulasan sebab dan akibat berkaitan. Kemahiran mengarang dan kematangan mengarang hanya akan terhasil dengan latihan yang kerap serta mendapat bimbingan guru. Bahkan juga, seorang pelajar perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas atau mampu menyelitkan istilah menarik serta mahir menggunakan penanda wacana semasa memulakan isi karangan, atau ayat baharu semasa menghurai dan mengembang isi karangan. Pelajar mampu memperoleh markah cemerlang dengan usaha yang berterusan dan saya tegaskan lagi perlu mendapat bimbingan daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda kerana hanya jauhari mengenal manikam.
Bagaimana untuk menghasilkan karangan cemerlang? Terdapat pelbagai cara dan kaedah digunapakai oleh seseorang guru untuk membimbing murid menghasilkan karangan cemerlang. Antara kaedah yang saya gunapakai dengan menggunakan jadual pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. Pelajar-pelajar mungkin kehairanan apabila rakan-rakan mereka mampu menghasilkan perenggan karangan yang panjang dan seimbang?.
KAEDAH MENGARANG MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN
Karangan cemerlang memerlukan pelajar menghasilkan perkembangan dan pengolahan huraian isi secara harmoni, ibarat aliran air sungai yang tenang dan mendamaikan hati pembaca atau dalam peperiksaan lebih tepat kepada pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, murid perlu memastikan karangan yang dihasilkan dapat memuaskan hati pemeriksa untuk terus membaca karangan berkenaan bermula daripada perenggan pengenalan hinggalah ke perenggan penutup kerana tanggapan seseorang pemeriksa akan menentukan markah karangan pelajar sama ada dalam skop markan cemerlang, baik mahupun sederhana. Diharapkan dengan adanya Jadaul Pengembangan Idea Karangan akan mampu membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
PERKARA
|
PENERANGAN
|
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
|
BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.
Membina ayat rangsangan dengan kata tanya apa berkaitan fokus
/tema pengenalan yang dipilih?
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya bagamana - fokus/ tema?
|
FRASA MENARIK
|
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.
|
UNSUR KBAT
|
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar selain menyusun atur ayat rangsangan secara kronologi dalam pengembangan idea dalam perenggan pengenalan. |
AYAT ARAHAN
|
MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….
Berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan. |
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI (UMUM)
TEMA/ KATA KUNCI ISI
|
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
|
AYAT HURAIAN 1
|
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
|
AYAT HURAIAN 2
|
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2. |
AYAT HURAIAN 3
|
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3.
|
AYAT CONTOH
|
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT CONTOH. |
UNSUR KBAT
|
SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT |
FRASA MENARIK
|
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN
|
AYAT ARAHAN
|
TEGASKAN SEMULA ISI TEMA
KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA
|
JADUAL PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema)
|
Ayat cadangan
|
Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain
|
Ayat huraian cadangan
|
Huraikan kenapa pentingnya......tema?
|
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
|
Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ?
|
Unsur KBAT
|
Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya.
|
Frasa menarik
|
Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb.
|
Ayat harapan
|
Apa harapan anda terhadap tajuk/tema
|
Semoga, Jadual Pengembangan Idea Karangan di atas dapat membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
CONTOH HASIL PENGGUNAAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN
LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN BIDANG SUKAN NEGARA
LAGU/ AYAT QURAN/
DSB
|
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, ……………………………………………………… |
AYAT RANGSANGAN 1
|
Lirik lagu Negaraku meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagaI seorang warganegara Malaysia.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Begitu juga diharapkan lagu ini akan memancarkan semangat patriotisme kepada individu, atau masyarakat.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan.
|
FRASA MENARIK
|
Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
|
AYAT RANGSANGAN
|
Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol Ann David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi altet negara telah banyak mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di mata dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara kerana mutu sukan negara kita ada kalanya pasang dan ada kalanya surut.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA
Kata Kunci Isi
|
Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia.
|
Ayat huraian 1
|
Hal ini demikian kerana dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.
|
Ayat huraian 2
|
Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersadana dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh atlet sukan ternama dunia.
|
Ayat huraian 3
|
Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.
|
Ayat contoh
|
Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil. Diikuti pula nama seperti Ziyad Zolkefli memecah rekod acara lontar peluru dan Muhamad Ridzuan Mohamad Puzi menjadi johan dalam acara lari 100 meter, perkembangan terbaru ini membanggakan warga negara Malaysia dan menambahkah sinar Kontijen Sukan Paralimpik Negara.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju. Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar.
|
Frasa menarik
|
Peribahasa Melayu ada mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan.
|
Ayat penegas
|
Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Peningkatan prestasi ahli sukan juga dipengaruhi oleh peningkatan latihan secara intensif.
|
Ayat huraian 1
|
Hal ini demikian kerana melalui latihan intensif menyebabkan ahli sukan dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang sukan yang diceburi justeru, mutu sukan negara pasti akan lebih meningkat.
|
Ayat huraian 2
|
Bahkan juga, dengan latihan intensif akan meningkatkan jumlah pingat yang diperoleh dalam kejohanan yang disertai.
|
Ayat huraian 3
|
Peningkatan latihan juga dapat melahirkan atlet yang berkualiti yang setaraf dengan atlet antarabangsa.
|
Ayat contoh
|
Sebagai contoh, menghantar atlet negara menjalani latihan bersama atlet daripada negara luar.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya atlet tidak melakukan latihan yang mencukupi, serta didedahkan dengan latihan intensif menggunakan kepakaran pakar sukan luar negara yang terkenal menggunakan pendekatan saintifik semasa sesi latihan.
|
Frasa menarik
|
Peribahasa ada mengatakan , jauh perjalanan luas pemandangan, begitulah hakikatnya dengan atlet yang mendapat latihan di luar negara. banyak ilmu dan pendedahan kemahiran sukan yang mereka terima selama mana mereka berada di sana.
|
Ayat penegas
|
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa latihan intensif yang banyak turut menyumbang kepada kemajuan bidang sukan negara.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Dalam pada itu, atlet sewajarnya didedahkan ke dalam kejohanan yang bertaraf antarabangsa turut menyumbang kepada langkah memajukan bidang sukan di negara kita.
|
Ayat huraian 1
|
Pendedahan kepada atlet dalam kejohan bertaraf antarabangsa akan meningkatkan pengalaman atlet akan bertambah
|
Ayat huraian 2
|
Hal ini disebabkan, atlet negara akan berkongsi pengalaman dengan atlet negara lain.
|
Ayat huraian 3
|
Imej negara juga akan meningkat apabila penglibatan atlet negara kita dalam pertandingan yang bertaraf antarabangsa contohnya, sukan Olimpik dan ASEAN.
|
Ayat contoh
|
Tamsilnya, pendedahan dalam kejohanan antarabangsa kepada saudara Ziyad menyebabkan Malaysia memperoleh pingat emas dalam sukan yang menjadi perhatian seluruh dunia iaitu Sukan Paralimpik di Brazil
|
Unsur KBAT
|
Seadainya, kerajaan tidak memberi pendedahan kepada para atlet, nescaya para atlet negara kita akan mempunyai masalah dalam bidang pengurusan dan Teknik dalam kejohanan yang dianjurkan.
|
Frasa menarik
|
Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya’.
|
Ayat penegas
|
Natijahnya, kerajaan sewajarnya berani mengambil risiko demi kejayaan atlet negara
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEEMPAT
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Seterusnya, usaha penyediaan prasarana sukan di peringkat negara, negeri, daerah, dan kampung perlu diberi keutamaan.
|
Ayat huraian 1
|
Prasarana sukan amat penting untuk kegunaan masyarakat kerana dengan adanya kemudahan berkenaan di semua lokasi strategik sama ada di peringkat negara, negeri, daerah dan kampung, memudahkan masyarakat mengunjunginya.
|
Ayat huraian 2
|
Oleh sebab itu, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Bandar perlu memberi perhatian terhadap prasarana sukan untuk masyarakat bukan saha tertumpu di bandar, malah juga di luar bandar.
|
Ayat huraian 3
|
Hal ini kerana, dengan adanya prasarana serta kelengkapan sukan berkenaan masyarakat boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk beriadah tidak kira di mana mereka berada.
|
Ayat contoh
|
Sebagai contoh, setiap kampung kini telah dibina gelanggang futsal yang selalu digunapakai remaja kampung.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha sebegini dilakukan secara berterusan, sudah pasti usaha untuk memajukan sukan negara akan sampai ke akar umbi iaitu melibatkan masyarakat keseluruhan, sama ada mereka tinggal di bandar mahupun kampung.
|
Frasa menarik
|
Sila lengkapkan.
|
Ayat penegas
|
Sila lengkapkan.
|
JADUAL PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan mutu sukan negara agar kejayaan sukan negara terserlah dan digeruni masyarakat dunia.
|
Ayat cadangan
|
Seyogia, usaha untuk membina dan meningkatkan prasarana sukan, latihan secara intensif, pemberian insetif sukan kepada atlet sukan berjaya di peringkat antarabangsa merupakan antara inisiatif untuk memajukan sukan negara.
|
Ayat cadangan
|
Usaha-usaha yang lebih proaktif perlu diberikan keutamaan seperti menggunakan kepakaran pelatih professional dari luar negara antara cadangan yang perlu diutamakan oleh Majlis Sukan Negara dan Kementerian, Belia dan Sukan.
|
Ayat cadangan
|
Oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu menyuntik lebih banyak budget berbentuk kewangan untuk meningkatkan mutu sukan negara agar keperluan atlet seperti prasana latihan dan kebajikan atlet sentiasa terjaga.
|
Frasa menarik
|
Kita tidak mahu usaha untuk memajukan sukan negara hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam atau sudah terhantuk baru tergadah untuk memajukan sukan negara kerana didapati mutu sukan negara sentiasa jauh ketinggalan berbanding mutu sukan negara maju dunia.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha untuk memajukan mutu sukan negara, sudah pasti ranking sukan negara berada di bawah negara Asia yang lain , apatah lagi negara jika dibandingkan mutu sukan negara terhebat dunia seperti Australia, Jepun, Amerika dan Rusia.
|
Ayat harapan
|
Diharapkan dengan usaha berterusan pihak bertanggungjawab untuk memajukan mutu sukan negara, atlet Malaysia akan dapat meyaingi atau duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju dunia.
|
CONTOH KARANGAN BERFORMAT
SOALAN :
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah bersukan kepada masyarakat. Panjang huraian hendaklahantara 200 hingga 250 patah perkataan.
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil kerana semasa bersukan proses merembes keluar bahan bahan kumuh yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui perpeluhan . Mutakhir ini, pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan professional melalui pertubuhan bukan kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja tetapi juga boleh menambah dan menyumbang sumber pendapatan individu dan keluarga. Sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja mereka dapat mengakrabkan hubungan sesama masyarakat, malah kesihatan badan mereka juga sentiasa sihat serta kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang sukan mampu pula menjana ekonomi untuk membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional pada alaf baru sering berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber ekonomi diri dan keluarga sehingga mengabaikan kegiatan fizikal akibat kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal bak kata peribahasa Melayu“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang menghidap penyakit untuk kembali pulih. Bahkan juga penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental terutama kalangan pelajar yang . Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Sekiranya, aktiviti bersukan menjadi amalan masyarakat, sudah pasti bilangan pesakit kronik negara dapat dikurangkan kerana tubuh badan yang cergas, melahirkan otak yang cerdas. Seyogia, mencegah lebih baik daripada mengubati Tegasnya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa senggang individu. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga . Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan atau stres. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , gejala vandalism serta hedonisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Malah aktiviti riadah ini dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesannya amat jelas kerana dengan bersukan sukan ahli sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan yakin sehingga ke peringkat antarabangsa walaupun terpaksa melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini. Jikalau aktiviti senggang ini digunakan untuk beriadah sudah pasti negara akan dapat melahirkan atlet negara bertaraf dunia yang mampu mengharumkan nama negara tercinta. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.
Di samping itu, bersukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Sekiranya, amalan bersukan menjadi budaya masyarakat sudah pasti keakraban dan kesepaduan masyarakat akan terjalin dan masalah perkauman akan dapat dielak. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan antara mereka.
Seterusnya, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya dan boleh meningkatkan ekonomi mereka. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing kepada negara. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Apabila budaya bersukan menjadi budaya masyarakat bukan sahaja tubuh badan mereka sihat, malah mereka dapat meningkat sara hidup yang kini kian meningkat serta memperkenalkan negara di mata masyarakat dunia. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.
PETUNJUK
|
PENDAHULUAN
|
|
|
ISI
|
|
|
PENUTUP
|
|
...........................................................~~~~~~~~~................................................
Diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan laman sesawang ini dengan merujuk kriteria karangan berformat yang telah saya masukkan ini berserta jadual pengembangan idea karangan untuk bahagian perengan pengenalan, perengan isi dan perengan penutup. Di samping itu, suka saya untuk mengingati para pelajar, iaitu untuk menghasilkan kertas Bahasa Melayu, pelajar bukan sahaja sekadar membaca karangan terbaik yang dihasilkan oleh rakan-rakan, membaca buku dan menghafal daripada buku malah teknik menghasilkan karangan secara sendiri juga amat berkesan untuk meningkatkan lagi mutu kecemerlangan karangan para pelajar. Namun begitu, pengukuhan dari segi menyalin karangan juga amat penting untuk menghasilkan karang yang terbaik. oleh sebab itu, pentingnya pelajar -pelajar untuk mengetahui teknik-teknik dan menggunakan format sebenar agar dapat menghasilkan karangan yang cemerlang.
Sumber rujukan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar